Trolley Carrefour pun boleh bawak baby |
Sebelum bayi dilahirkan lagi ibu bapa biasanya akan membuat persediaan awal dengan membeli barang-barang keperluan termasuklah Buggy atau Stroller yang sesuai. Dengan pelbagai rekaan dan jenama yang terdapat di pasaran, ia mungkin agak sukar bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa macam saya ni.
Jom ketahui lebih lanjut dalam artikel dibawah tentang apa yang anda perlu ambil kira dalam memilih Buggy atau Stroller yang sesuai.
Sebelum tu semalam saya ada minta pandangan rakan-rakan di Laman Sosial FaceBook. Jom tinjau pendapat mereka!
Pandangan Rakan-Rakan |
Pandangan Rakan-Rakan |
Pandangan Rakan-rakan |
So, dapat disimpulkan ade 8 Tips Memilih Buggy Stroller. Malam ni saya nak kongsi 4 sahaja. Nanti kita sambung Part 2 pulak. Hehhe. Jangan marah yer..
- Mudah Lipat - Setiap buggy mempunyai cara lipatan yang berbeza. Perkara terbaik yang boleh kita buat adalah mencubanya terlebih dahulu di kedai dengan bantuan pembantu kedai sebelum membelinya. Tujuannya adalah untuk anda membiasakan diri supaya dapat memudahkan pengendaliannya setiap kali anda keluar bersama bayi & stroller. Anda juga boleh belajar tentang pengendalian buggy melalui laman web atau juga manual yang disediakan. jangan lupa pesan pada pasangan untuk belajar sama!
- Mudah Dikendalikan - Apabila memilih Buggy Stroller, pilih yang mudah dikendalikan. Ambil kira fungsi yang ditawarkan, mudah untuk melalui jalan-jalan yang ada dan juga mudah untuk melalui halangan di jalanan.
- Saiz - Memilih saiz buggy yang sesuai dengan gaya hidup kita adalah penting. Pilihla buggy yang boleh memuatkan ruang simpan anda di rumah mahupun di dalam bonet kereta. Jika anda suka melancong, pastikan buggy anda tidak memerlukan ruang yang banyak untuk disimpan di dalam kapal terbang nanti. Selain mudah dikendalikan di airport atau ke mana-mana sahaja!
- Berat - Buggy datang dalam berat yang berbeza bergantung kepada ciri rekaan yang ditawarkan oleh sesuatu jenama tersebut. Semakin banyak fungsi yang ditawarkan semakin bertambah berat buggy itu. Apa yang perlu kita buat ialah pertimbangkan beberapa aspek seperti Ketinggian Kereta anda untuk memasukkan buggy yang dibeli, cara lipatan yang mudah dan sebagainya. Namun ada juga buggy yang direka dengan ciri menyeluruh mempunyai berat yang ringan dan senang untuk anda tolak dan kendalikan!
Abdul Khaq Baba [ibnuhajar]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1127617]
Call/Text/Whatsapp : 018-2771141 / 013-6294482
Email : haq1441@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/SupplementTerbaikAnda