Harini insyaAllah nak share tentang satu buku yang sangat memberi inspirasi dalam kehidupan kita.
Sebenarnya buku ini telah dihadiakan oleh sahabat satu usrah saya, Yuliana masa kat UM dulu sempena hadiah perkahwinan.Alhamdulillah...terima kasih.
Pengarang Fathuri Salehuddin telah menghuraikan maksud rezeki itu, amalan-amalan dan juga cerita-cerita yang berkaitan untuk menjemput rezeki.
Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk - Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy.
"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa" (Thaha 20: 132).
Ramai dari kita ni 'risau' dengan rezeki masing-masing. Kita xtahu dari mana arahnya Allah akan beri atau buka pintu rezeki buat kita. Yang penting jangn pernah putus asa untuk berusaha.
Sebenarnya rezeki tu bermacam-macam seperti duit, rasa tenang, kesihatan, dan keselamatan.
Rasa Tenang
Kata kuncinya :
- Bertaqwa : Dijanjikan jalan keluar dari rezeki yang tidak yang tidak disangka-sangka.
- Bertawakal : Dijanjikan kecukupan.
- Ketentuan : Hasil dari Allah, usaha dari kita.
- Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka.
- Susahkan diri tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudah saja Allah kabulkan hajat di hati.
Kesihatan
Nabi pernah ditanya teantangnya
" Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?"
Baginda menjawab dengan tegas. "Solat malam!" (HR Muslim)
Sahabat nabi, Saidina Umar pernah menyatakan seperti berikut:
Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara.
- 5 Perkara di dunia
- 4 Perkara di akhirat
"Dijauhkan daripada penyakit".
Keselamtan
Amalkan 3 perkara ini sebagai pagar diri. Kita semua perlukan pagar diri. Apatah lagi orang yang banyak bermusafir dan berhubung dengan orang ramai.
Beliau memberitahu :
- 1. Bacalah ayat kursi sekurang-kurangnya 7 kali sehari
- 2. Sentiasa ada wudhu' (air sembahnyang)
- 3. Sentiasa berselawat ( jangan dikira-kira)
Antara amalan yang dihuraikan untuk menjemput rezeki adalah :
- Mengutamankan solat
- Solat Tahajjud
- Solat Dhuha
- Zikir
- Doa
- Mendoakan Orang lain
- Sedekah Membaca al-Quran
- Asma' ul Husna
- Bersyukur
- Tekun berusaha
Betapa indah dan mudahnya hidup ini bilamana Allah bersama kita. Betapa licin dan mudahnya urusan bila memilih untuk mendahulukan Allah pada setiap masa, tempat dan keadaan. Rezeki yang sempit menjadi luas.
InsyaAllah, moga kita sama-sama mengamalkannya. Bermuhasabahlah untuk menjadi yang lebih baik. Sungguh tak rugi, kalau kita perbetulkan semuanya mulai harini..
Moga setiap 'impian' dari kita dimakbulkan olehNya..Ameen Ya Rabb.
Saya pun dah baca buku ni.Sangat menginspirasikan.Kita seringkali letih mencari rezeki siang malam.Rupanya ada cara mudah iaitu dengan menjemput rezeki.
ReplyDeleteHttp://aizashoppe.blogspot.com