Assalamualaikum dan salam Jumaat...;)
Posted by Siti Fatimah Solihan
Bertemu kita pada hari Jumaat yang diberi kemuliaan sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA yang bermaksud :
“Jumaat dinamakan sebagai Sayyidul Aiyam iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Mari mulakan hari kita dengan cas-cas positif. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita. Insyallah..;)
Mari berkongsi tentang kelebihan Hari Jumaat ini...
Jumaat dikatakan sebagai hari istimewa dan mulia. Antara peristiwa penting iaitu:
- Allah ciptakan Adam
- Allah turunkan Nabi Adam ke bumi.
- Allah mematikan Adam.
- Pada hari itu juga tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah perkenankan permintaannya, selagi ia tidak meminta yang haram.
- Pada hari itu juga berlakunya Hari Kiamat. Tidak ada satu malaikat sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan melainkan semuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. ( Riwayat Hadis Muslim ).
Ibadah Sunnah Hari Jumaat:
Perjalan ke masjid
Adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah diambil jalan yang dekat.
(Imam Al-Ghazzali.)
Bersedekah
Suatu amalan yang sangat mulia yang mendatangkan pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatahlagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Berselawat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.”
Berpakaian cantik dan bersih
Digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang bersih dan berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah SWT. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Ibnu Masu'd berkata:
“Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.”
Imam Muslim meriwayatkan di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesiapa berwudhu' lalu memperelokkan wudhu'nya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.”
(Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa yang berwudhu' pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.”
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)
Jadi, mengambil kesempatan hari Jumaat ni untuk kita sama2 muhasabah diri. Banyakkan berselawat, berzikir, dan istighfar. Kita xpernah lari melakukan kesilapan. Selalu audit diri, ‘renew’ diri kita kalau bole tiap2 hari. InsyaAllah moga hari-hari kita sentiasa lebih baik dari hari semalam.
Bila kita usaha kena betul2, rezeki ada di mana-mana yang penting sentiasa usaha. Amin
Wallahua’lam.
No one is promised tomorrow,
No one is promised today.
No one will be able to breathe,
if life keeps going on this way.
So we need to live for the outcome of beauty; because beauty is only skin deep
We need to believe in our future,
we need to be able to dream.
So live for the moment,
live on the edge,
live to make life your show.
Because if the safe are still safe,
and the scared remain scared...
Well how will we ever know?
No comments:
Post a Comment