Posted by Siti Fatimah Solihan (wife)
Bila masanya nak beli barang2 baby ye?
Sejak tahu pregnant dulu, kami suami isteri banyak survey2 barang baby sekitar Lembah Klang ni. Tapi usha je, xbeli lagi pun sebab rasa mcm awal lagi kan. Bila da mencecah usia 6 bulan, baru terfikir tentang persiapan barang2 baby.
Buat pengetahuan korang, kalau ikut Klinik Kerajaan, bag ibu dan baby kena siapkan seawal minggu ke 28 iaitu 7 bulan usia kandungan. Ha.. awalkan? Kenapa... Sebagai langkah berjaga-jaga kalau berlaku kelahiran pramatang. Nauzubillah... Harap semuanya selamat, ameen...Jadi,silalah mula membeli barang pada usia kandungan 6 bulan, bukan apa, kalau da masuk 7 atau 8 bulan.. mesti kita da x larat da nak bawak perut bershopping kan..huhuu
Masa da 6 bulan tu, first time memang betul2 decide nak beli apa yang bole dulu. Time tu jalan2 area Bangi sebabnya memang da spot nak g Manjaku, MumDreams dan MyPermataHati. Setiap kedai tu kami dapat grab beberapa barang je..not bad la, area sana boleh katakan banyak juga tempat shopping barang baby yang dekat 2, kami sempat singgah kat Kasih Ibu dan Tateh.
Manjaku
MyPermataHati
MumDreams
Tateh
Kasih Ibu
Dari tempat yang kat atas tu, alhamdulillah ni antara barang2 yang sempat di grab dari sana..huhuu
Ok sekarang usia kandungan saya da masuk 31 minggu, persiapan dari yang kat atas tadi xdelah totally done lagi. Korang tengok pun da tahu kan tapi sume da kumpul setempat...Yang nak masuk dalam bag tu barang2 penting terutama barang2 yang nk kena bawak g hospital.
Sepatutnya bag untuk ke hospital ni kena siap2 letakkan dalam kereta da. Senang kalu ada emergency apa2 kan. Pastikan barang-barang yang diletakkan di dalam kereta itu adalah yang tahan panas. Jangan letak breast pump, botol susu dan puting susu atau barang-barang yang tak tahan tau. Takut rosak bila dalam kete lama-lama kan.
Lastly, sebenarnya untuk entri kali ni saya nak share tentang persiapan awal saya dan info tentang expo baby yang akan berlangsung pada minggu ni, 19-21 September 2014..satu kat PWTC dan satu lagi kat PICC, Putrajaya. Siap da save a date kat handphone nak pergi...huhuh. Korang ada dua choices lagi. JOM g expo baby!.. InsyaAllah next entri #Part 2, saya akan update dan complete kan persiapan barang baby ni ye...wassalam
No comments:
Post a Comment