Tuesday 30 September 2014

Selesema berpanjangan....

Assalamualikum....
Hari ini nak share tentang masalah selesema yang berpanjangan. Sesetengah dari kita sering hadapi masalah ini malah ada yang lebih kronik. Mari kita sama-sama fahami dan atasinya. InsyaAllah...
Kemungkinan kita menghadapi Resdung atau Radang Sinus. Apa itu?
Penyakit resdung adalah kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Dalam erti kata lain ianya adalah virus yang hidup dibawah lapisan hidung yang mengalirkan darah kotor yang menyebabkan kegatalan kepada kulit muka dan kawasan sekitarnya.

" Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya yang dipanggil sinus(lendir)" kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan. Sinus sebenarnya adalah rongga- rongga didalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Petikan dari Utusan Malaysia 2005.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:
  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala atau migrain
Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok

Langkah Pencegahan Untuk Atasi Selsema Dari Berulang :

Apa sahaja jenis penyakit dalam dunia ini, strategi yang paling berkesan adalah langkah pencegahan sebelum kena. Mungkin anda boleh berbincang dengan doktor anda mengenai vaksin selsema. Lebih baik jika anda mengamalkan:
  • Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
  • Selalu bersenam
  • Tidur yang cukup.
  • Basuh tangan anda dengan kerap

Jangan susah hati...shaklee ada set cadangan untuk mengurangkan masalah anda, InsyAllah.
SET CADANGAN RESDUNG, jom intai2 dulu apa yg ada dlm set ni...
  • VIT-C - membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol,meningkatkan pertumbuhan tisu
  • ALFALFA - mempunyai kelebihan mengurangkan keradangan penyakit itu sendiri, mengurangkan keradangan ekzema, resdung, alergik dan gegata.
  • B-COMPLEX - membantu membina protein dalam tubuh,membantu hati menghasilkan glikogen dan memelihara sistem saraf.

  • Sebiji Vitamin C SR Shaklee sama seperti memakan 7 setengah biji oren termasuk kulitnya.
  • Sangat berkesan membantu meningkatkan sistem imunisasi
  • Boleh bantu atasi selsema dan batuk berpanjangan.
  • Turut boleh membantu atasi masalah resdung, hidung berair dan alergi. 
Dapatkan Konsultasi FREE dari kami

Abdul Khaq Baba 018-2771141
Ctfatima Solihan 013-6294482

Ubat (Drugs) vs. Makanan Tambahan (Food Supplement)

Perbezaan Antara Ubat (drugs) dan Makanan Tambahan (Food Supplement)
Berikut saya kongsikan perbezaan antara ubat (drug) dan makanan tambahan (food supplement) yg perlu anda tahu.
Ramai lagi antara kita yang masih beranggapan yang ubat-ubat khususnya dari hospital sahaja dapat membantu menyembuhkan penyakit. Malah makanan tambahan juga amat diperlukan untuk menambah nutrisi yang xdapat dihasilkan oleh badan kita sendiri.

UBAT
MAKANAN TAMBAHAN (FOOD SUPPLEMENT)
1.     Ubat sama sekali ganjil dgn tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita, tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.
Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kpd tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2.     Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yg kuat yg boleh mengubah fungsi2 secara mengganggu tindakan biokimia dan proses2 enzim
Bahan2 berkhasiat bertindak membantu tinadakan biokimia dan pemprosesan enzim.
3.     Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dlm badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dlm perut, loya, gangguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghazaman dan akhirnya kematian.
Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
4.     Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu antara satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.
Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Bahan berkhasiat sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yg lebih baik.
5.     Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan antara waktu makan untuk mengelakkan dgn hal yg saling mempengaruhi atau pencarian oleh kesan daripada makanan.
Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghazaman lain2 faktor makanan.
6.     Ubat berkemugkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yg pasti)
Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada suatu pun kenyataaan yg tercatiti mengenai merbahayanya dgn pengambilan vitamin,zat galian dan asid amino.
7.     Ubat menghasilkan kesan pada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindakbalas kpd seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan2 berkhasiat ternyata berkurangan dlm tubuh badan.
8.     Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesannya dlm beberapa minit atau jam shj.
Bahan2 berkhasiat bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dlm jangkamasa yg panjang. Ia kebiasaannyamengambil masa berbulan2 untuk mencapai kesan dan kejayaannya.
9.     Ubat merawat kesan atau tanda2 sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ianya tidak memulihkan.
Bahan2 berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yg sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yg tertentu. Oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dpt mengatasi masalah serta kerosakan yg telah terjadi tidak berulang lagi.
10.           Ubat perlu diberi pengawasan yg teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yg merbahaya ke arah tindakan sampingan.
Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yg rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya menerima bekalan bahan berkhasiat dgn terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Kelanjutan berlebihan bahan berkhasiat adalah rendah. Keselamtannya amatlah terjamin.
11.           Orang tua biasanya memerlukan ubat pada suaktan rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yg serius jika dibandingkan dengna orang muda.
Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan bahan berkhasiat oleh kerana faktor2 kekurangan yg berlarutan begitu lama serta penghazaman yg lemah.
12.           Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit disebabkan oleh kesan sampingannya.
Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit2 dengan pertama, menguatkan sel2 daripd serangan kuman bakteria , virus dan lain2. Kedua, melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) didlm badan.

Thursday 25 September 2014

#Family : 20 Perkara Berubah Selepas Ada Anak!

Assalamualaikum...

Share mengenai topik ini, membuatkan bakal ibu dan bapa rasa semakin berdebar-debar menantikan si kecil pertama mereka...;)
Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga..

Kebiasaannya kita dengar ada orang-orang tua atau rakan-rakan kita sendiri beritahu ayat mcmni. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai ada masalah kewangan, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.
Tetapi apabila seluruh kehidupan kita tertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
(Sumber dari : Rahsia Hawa)
**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Wednesday 24 September 2014

Atasi masalah kulit dengan bermakeup?

Assalamualamualaikum..

Ramai di kalangan kita khususnya wanita sering alami masalah kulit seperti jerawat dan jeragat yang berpanjangan. Sememangnya wanita sukakan kecantikan. Bagaimana untuk nampak sentiasa cantik sebenarnya?

Kecantikan adalah perkara subjektif, suatu perkara yang lumrah dan fitrah manusia. Ada yang sentiasa hiasi kulit wajah dengan bermake-up untuk kelihatan cantik. Ada yang percaya kecantikan dalaman seperti pemakanan semulajadi dan amalan rohani menjadi asas kepada kecantikan.

Hakikatnya, semua faktor di atas perlu diseimbangkan agar kita tidak terlalu obses dengan satu perkara sahaja. Pada malam ni saya ingin share serba sedikit tentang pemakanan semula jadi ni.

Pada umumnya, makanan semulajdi adalah makanan yang diyakini selamat dan bersih.
Dari segi spesifik, ia adalah makanan yang dihasilkan melalui teknik semulajadi, tidak melalui proses pengubahsuaian genetik asalnya.
Contohnya, makanan laut, ayam organik, buahan kampung seperti tembikai yang banyak biji, sayuran yang ditanam sendiri seperti sawi, kangkung, ulam-ulaman dan banyak lagi.
Amalan pemakanan semulajadi ini jika diamalkan dari awal, insyaAllah kulit sentiasa kelihatan muda.

Di samping itu pengambilan supplemen untuk mendapatkan nutrisi yang lebih bagi atasi masalah kulit. Makanan "tambahan" pula tugasnya untuk menyokong mana yang tak cukup dalam badan kita. Tidak bermaksud telan vitamin contohnya akan menjadikan kulit terus licin macam telur.. still, kena minum air masak, jaga pemakanan dan pakai pencuci muka yang sesuai.

Antara  supplemen yang disyorkan dapat membantu masalah kulit seperti jeragat adalah Collagen Powder & GLA complex dari Shaklee.

  • Collagen Powder - membaiki sel-sel kulit serta meningkatkan keremajaan kulit dari dalam.
  • GLA complex - menstabilkan hormon secara pelahan-lahan mengurangkan jeragat pada kulit muka termasuk jerawat yang berpanjangan
InsyaAllah pengambilan yang konsisten dengan air kosong yang cukup dapat memberi kesan yang sangat memuaskan, insyAllah. Ramai yang telah mencuba.

Collagen Powder

Makanan semulajadi dan makan tambahan adalah gabungan yang terbaik untuk penjagaan kulit kita. Dari sudut positif bahawa keduanya membawa khasiat dan manfaat.. jangan pernah kita pertikaikan kajian tentang perubatan alternatif moden.. jangan pulak kita ambil remeh tentang petua dan amalan kesihatan semulajadi yang diturunkan sejak dulu lagi.. jadi nak selamat, balance keduanya.. itu lebih baik.. :)

So, apa sahaja yang orang perkatakan, ianya terpulang kepada kepercayaan dan keadaan individu itu sendiri.. kalau dia percaya dan konsisten amalkan sesuatu, insyaAllah hasilnya ada!

Moga entri diatas dapat membantu dan memberi sedikit ilmu buat semua, selamat beramal...;)

Konsultasi Percuma SMS/Inbox/WhatsApps

Abdul Khaq Baba 018-2771141
Siti Fatimah Solihan 013-6294482

Tuesday 23 September 2014

Susu Ibu vs Susu Formula

Assalam & Selamat Petang

Bulan November ini Isteri saya akan melahirkan putera pertama kami. Jadi kami kongsikan sedikit artikel berkenaan Susu Ibu.
Kami komited untuk memberikan Susu Ibu secara Eksklusif selama 2tahun kepada putera kami nanti. Tak sabar rasenya..!

Kenapa Perlu Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu

Susu Ibu ialah  cecair yang dihasilkan secara fisiologi; secara semulajadinya untuk bayi manusia.
Pakar perubatan bersetuju bahawa susu ibu menawarkan nutrisi bayi yang terbaik. Para Saintis secara berterusan membuat penemuan baru berhubung kandungan susu ibu.
Tidak wajar bagi syarikat yang menghasilkan susu formula bayi memberi deskripsi bahawa produk mereka 'hampir kepada susu ibu', sedangkan susu ibu merupakan bahan hidup yang masih banyak belum kita ketahui tentangnya. Kebenarannya ialah walau sebanyak mana yang dibelanjakan oleh syatikat susu formula ini bagi 'Research & Development', produk mereka langsung tidak hampir dengan susu ibu (bagaimana boleh disamakan Susu Lembu dengan Susu Ibu?) Satu pemikiran logik yang mudah untuk melihat kebenarannya

Susu Ibu vs Susu Formula

Susu ibu mengandungi antibodi dan imuniti, dan dapat membantu melawan penyakit. Selain daripada kualiti meningkatkan imuniti, susu ibu berubah komposisinya bergantung kepada keperluan bayi. Susu formula kekal sama tanpa mengira keperluan bayi tersebut.

Mengapakah demikian yer?

1. Susu ibu berubah mengikut usia bayi; susu ibu untuk bayi pramatang mempunyai kandungan protein yang tinggi; begitu juga susu ibu untuk bayi berusia 8bulan lebih tinggi kandungan kalorinya daripada bayi berusia 1bulan
2. Susu ibu berubah mengikut keadaan cuaca; dalam cuaca yang sangat panas, susu ibu mengandungi lebih banyak air; dalam cuaca sejuk, susu ibu mengandungi lebih banyak lemak
3. Susu ibu berubah rasanya mengikut apa yang dimakan oleh ibu. Jadi bayi anda didedahkan kepada rasa yang berbeza sepanjang bulan-bulan awalnya ( adakah anda ingin makan makanan yang sama setiap hari selama 6 bulan? Oh tidakkk )

Inginkan Supplements yang membantu Memeriahkan Susu Ibu Anda? Ayuh lekas hubungi kami seperti dibawah

Abdul Haq Baba 018-2771141
Siti Fatimah Solihan 013-6294482

Sunday 21 September 2014

Mudahnya Menjemput REZEKI

Assalamualimkum semua...

Harini insyaAllah nak share tentang satu buku yang sangat memberi inspirasi dalam kehidupan kita.
Sebenarnya buku ini telah dihadiakan oleh sahabat satu usrah saya, Yuliana masa kat UM dulu sempena hadiah perkahwinan.Alhamdulillah...terima kasih.

Pengarang Fathuri Salehuddin telah menghuraikan maksud rezeki itu, amalan-amalan dan juga cerita-cerita yang berkaitan untuk menjemput rezeki.

Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk - Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy.

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa"    (Thaha 20: 132).

Ramai dari kita ni 'risau' dengan rezeki masing-masing. Kita xtahu dari mana arahnya Allah akan beri atau buka pintu rezeki buat kita. Yang penting jangn pernah putus asa untuk berusaha.

Sebenarnya rezeki tu bermacam-macam seperti duit, rasa tenang, kesihatan, dan keselamatan.

Rasa Tenang
Kata kuncinya :

  •  Bertaqwa     : Dijanjikan jalan keluar dari rezeki yang tidak yang tidak disangka-sangka.
  •  Bertawakal   : Dijanjikan kecukupan.
  •  Ketentuan    : Hasil dari Allah, usaha dari kita.
Alangkah mudahnya hidup ini bila dapat menghayatinya dan yakin akan janji-janjiNYA. Tiada lagi kebuntuan, keluh-kesah, stress dan  rasa tiak cukup. Terdapat 2 formula, iaitu : 

  • Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah beri apa yang kita suka.
  • Susahkan diri tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudah saja Allah kabulkan hajat di hati.

Kesihatan
Nabi pernah ditanya teantangnya

" Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?" 
Baginda menjawab dengan tegas. "Solat malam!" (HR Muslim)

Sahabat nabi, Saidina Umar pernah menyatakan seperti berikut:

Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara.

  • 5 Perkara di dunia
  • 4 Perkara di akhirat
Dan salah satunya adalah :
"Dijauhkan daripada penyakit".

Keselamtan
Amalkan 3 perkara ini sebagai pagar diri. Kita semua perlukan pagar diri. Apatah lagi orang yang banyak bermusafir dan berhubung dengan orang ramai.

Beliau memberitahu :

  • 1. Bacalah ayat kursi sekurang-kurangnya 7 kali sehari
  • 2. Sentiasa ada wudhu' (air sembahnyang)
  • 3. Sentiasa berselawat ( jangan dikira-kira)

Antara amalan yang dihuraikan untuk menjemput rezeki adalah :
  • Mengutamankan solat
  • Solat Tahajjud
  • Solat Dhuha
  • Zikir
  • Doa
  • Mendoakan Orang lain
  • Sedekah Membaca al-Quran
  • Asma' ul Husna
  • Bersyukur
  • Tekun berusaha
Betapa indah dan mudahnya hidup ini bilamana Allah bersama kita. Betapa licin dan mudahnya urusan bila memilih untuk mendahulukan Allah pada setiap masa, tempat dan keadaan. Rezeki yang sempit menjadi luas.

InsyaAllah, moga kita sama-sama mengamalkannya. Bermuhasabahlah untuk menjadi yang lebih baik. Sungguh tak rugi, kalau kita perbetulkan semuanya mulai harini..
Moga setiap 'impian' dari kita dimakbulkan olehNya..Ameen Ya Rabb.

Energizing Soy Protein (ESP) - Produk Hebat

Best sungguh la ESP ni!

ESP di Rumah 

Rasanya lemak berkrim. Tak rasa macam soya kotak tu. Tak lengkap hari saya tanpa minum ESP.

ESP kaya dengan protein, sumber makanan untuk sel. Sebab tulah ESP ada dalam setiap set. ESP dapat mempercepatkan kesan tindak balas vitamin yang anda amalkan.

ESP sesuai untuk ibu menyusu, ibu hamil, orang yang mementingkan kecantikan kulit, ingin rambut dan kuku yang sihat dan juga ingin berdiet kerana ESP mengenyangkan!

Boleh diminum plain atau dicampurkan dengan minuman lain seperti milo dan sebagainya. Saya suka minum plain macam tu jer

Khasiat ESP

Nak cuba ESP? Boleh beli dengan saya ye!

Abdul Haq Baba 018-2771141
Siti Fatimah Solihan 013-6294482

Saturday 20 September 2014

Antibiotik Hapus Bakteria Bukan Virus

Assalam. Hari yang amat meletihkan Sabtu ini. Sebelum tido, saya nak berkongsi berkenaan Antiobiotik

Penting untuk Anda Tahu!

1. Jangan ambil antibiotik untuk jangkitan virus seperti selesema & sakit tekak
2. Jangan sesekali makan antibiotik yang diberikan doktor untuk pesakit lain. Walaupun simptom masalah kesihatan yang dialami lebih kurang sama.
3. Jika diberikan antibiotik, habiskan kesemuanya mengikut arahan walaupun sudah sihat. Hal ini bagi memastikan semua bakteria berbahaya dapat dihapuskan sepenuhnya.
4. Jangan simpan lebihan sebarang antibiotik untuk dijadikan bekalan kecemasan pada masa hadapan.
5. Pastikan antibiotik diambil mengikut jadual dari segi kekerapan- biasanya dua atau tiga kali sehari samada sebelum atau selepas makan. Ini kerana tindakan antibiotik terhad pada tempoh tertentu.
6. Beritahu doktor jika anda hamil atau mengesyaki diri hamil. Kebanyakan antibiotik tidak boleh diambil ketika hamil kerana boleh memberi kesan kepada kandungan. Sama juga halnya jika anda ada masalah jantung atau injap jantung, masalah buah pinggang dan hati, bakal atau baru menjalani pembedahan, mengambil ubat lain atau alah pada antibiotik tertentu

Shaklee Independent Distributor

Abdul Haq Baba (1127617)

018-2771141

Siti Fatimah Solihan

013-6294482

Friday 19 September 2014

Tazkirah : Rindukah kita pada Jumaat Barakah?

Assalamualaikum dan salam Jumaat...;)
Posted by Siti Fatimah Solihan

Bertemu kita pada hari Jumaat yang diberi kemuliaan sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA yang bermaksud : 
“Jumaat dinamakan sebagai Sayyidul Aiyam iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Mari mulakan hari kita dengan cas-cas positif. Berfikir tentang sesuatu yang menggembirakan hati dan melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita senang serta menyenangkan orang-orang di sekeliling kita. Insyallah..;)

Mari berkongsi tentang kelebihan Hari Jumaat ini...
Jumaat dikatakan sebagai hari istimewa dan mulia. Antara peristiwa penting iaitu:

  1. Allah ciptakan Adam
  2. Allah turunkan Nabi Adam ke bumi.
  3. Allah mematikan Adam.
  4. Pada hari itu juga tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah perkenankan permintaannya, selagi ia tidak meminta yang haram.
  5. Pada hari itu juga berlakunya Hari Kiamat. Tidak ada satu malaikat sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan melainkan semuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. ( Riwayat Hadis Muslim ).

Ibadah Sunnah Hari Jumaat:

Perjalan ke masjid 
Adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah diambil jalan yang dekat.
(Imam Al-Ghazzali.)

Bersedekah 
Suatu amalan yang sangat mulia yang mendatangkan pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatahlagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Berselawat 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.”

Berpakaian cantik dan bersih 
Digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang bersih dan berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah SWT. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. 

Ibnu Masu'd berkata:

“Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.”

Imam Muslim meriwayatkan di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa berwudhu' lalu memperelokkan wudhu'nya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” 
(Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesiapa yang berwudhu' pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.”  
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)

Jadi, mengambil kesempatan hari Jumaat ni untuk kita sama2 muhasabah diri. Banyakkan berselawat, berzikir, dan istighfar. Kita xpernah lari melakukan kesilapan. Selalu audit diri, ‘renew’ diri kita kalau bole tiap2 hari. InsyaAllah moga hari-hari kita sentiasa lebih baik dari hari semalam.
Bila kita usaha kena betul2, rezeki ada di mana-mana yang penting sentiasa usaha. Amin
Wallahua’lam.

No one is promised tomorrow, 
No one is promised today.
No one will be able to breathe,
if life keeps going on this way.
So we need to live for the outcome of beauty; because beauty is only skin deep
We need to believe in our future,
we need to be able to dream.
So live for the moment,
live on the edge,
live to make life your show.
Because if the safe are still safe,
and the scared remain scared...
Well how will we ever know?

Thursday 18 September 2014

Ambil Supplement Kencing Sakit. Pasal apa?

Assalamualaikum pembaca yang budiman,

April lepas saya berkesempatan ziarah Kak Yah ( kakak saya ni) di Selayang. Beliau mengadu sakit ketika kencing. Umur sekitar 50an, telah ambil supplement kurus lebih 3bulan. Pabila sakit, beliau berjumpa doktor. Diagnosis yang diterima, beliau KURANG AIR.

Umum tahu yang air kosong ada banyak khasiat dan kebaikan kepada tubuh kita. Bukan setakat untuk dapatkan badan yang sihat, malahan untuk kecantikan dan kurus pun air kosong memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Entri kali ini saya nak kongsikan mengapa air kosong yang cukup sangat penting untuk menurunkan berat badan. Mengapa anda dinasihatkan untuk minum 'banyak' air masak dengan pengambilan Set Slim Shaklee supaya proses penurunan berat badan dapat berjalan dengan lancar.

Bagaimana Air Membantu Proses Penurunan Berat Badan?

1. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

2. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, Air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

3. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

4. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

5. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

6. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

7. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

8. Minum sebotol air mineral sejam sebelum  bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

9.  Minum sekurang-kurangnya 2  hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

10. Jika anda pernah mengikuti program pengurusan berat badan tak kira sama ada melalui pemakanan atau di pusat2 kecantikan, pasti anda akan ditegaskan supaya minum banyak air. Tak percaya? Tanya pada yang pakar.

Selamat mencuba!!! SET KURUS SHAKLEE   Silakan buat tempahan!