Wednesday 5 November 2014

8 Tips Memilih Buggy Stroller Part 1

Trolley Carrefour pun boleh bawak baby

Assalam semua pembaca budiman. Bertemu lagi kita malam ni. Seperti dijanjikan, saya akan berkongsi pendapat rakan-rakan saya berkenaan Tips Memilih Buggy Stroller

Sebelum bayi dilahirkan lagi ibu bapa biasanya akan membuat persediaan awal dengan membeli barang-barang keperluan termasuklah Buggy atau Stroller yang sesuai. Dengan pelbagai rekaan dan jenama yang terdapat di pasaran, ia mungkin agak sukar bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa macam saya ni.

Jom ketahui lebih lanjut dalam artikel dibawah tentang apa yang anda perlu ambil kira dalam memilih Buggy atau Stroller yang sesuai.

Sebelum tu semalam saya ada minta pandangan rakan-rakan di Laman Sosial FaceBook. Jom tinjau pendapat mereka!

Pandangan Rakan-Rakan

Pandangan Rakan-Rakan

Pandangan Rakan-rakan

So, dapat disimpulkan ade 8 Tips Memilih Buggy Stroller. Malam ni saya nak kongsi 4 sahaja. Nanti kita sambung Part 2 pulak. Hehhe. Jangan marah yer..

  1. Mudah Lipat - Setiap buggy mempunyai cara lipatan yang berbeza. Perkara terbaik yang boleh kita buat adalah mencubanya terlebih dahulu di kedai dengan bantuan pembantu kedai sebelum membelinya. Tujuannya adalah untuk anda membiasakan diri supaya dapat memudahkan pengendaliannya setiap kali anda keluar bersama bayi & stroller. Anda juga boleh belajar tentang pengendalian buggy melalui laman web atau juga manual yang disediakan. jangan lupa pesan pada pasangan untuk belajar sama!
  2. Mudah Dikendalikan - Apabila memilih Buggy Stroller, pilih yang mudah dikendalikan. Ambil kira fungsi yang ditawarkan, mudah untuk melalui jalan-jalan yang ada dan juga mudah untuk melalui halangan di jalanan.
  3. Saiz - Memilih saiz buggy yang sesuai dengan gaya hidup kita adalah penting. Pilihla buggy yang boleh memuatkan ruang simpan anda di rumah mahupun di dalam bonet kereta. Jika anda suka melancong, pastikan buggy anda tidak memerlukan ruang yang banyak untuk disimpan di dalam kapal terbang nanti. Selain mudah dikendalikan di airport atau ke mana-mana sahaja!
  4. Berat - Buggy datang dalam berat yang berbeza bergantung kepada ciri rekaan yang ditawarkan oleh sesuatu jenama tersebut. Semakin banyak fungsi yang ditawarkan semakin bertambah berat buggy itu. Apa yang perlu kita buat ialah pertimbangkan beberapa aspek seperti Ketinggian Kereta anda untuk memasukkan buggy yang dibeli, cara lipatan yang mudah dan sebagainya. Namun ada juga buggy yang direka dengan ciri menyeluruh mempunyai berat yang ringan dan senang untuk anda tolak dan kendalikan!
Bersambung...
Abdul Khaq Baba [ibnuhajar]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1127617]
Call/Text/Whatsapp : 018-2771141 / 013-6294482
Email : haq1441@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/SupplementTerbaikAnda

Tuesday 4 November 2014

Mini Percutian Lost World Of Tambun

Assalamualaikum..... ( Ditulis oleh Siti Fatimah Solihan )

ok, kali ni nak cite tentang percutian singkat kami ke Lost World of Tambun weekend lepas. Actually percutian ni yang xdirancang sangat pun. En husband yang plan nak bawa jalan2 sebelum bersalin. Menghitung hari je ni, masuk minggu ni da masuk miggu yg 37..huhuh!

Kami bertolak dalam pukul 11 pagi cmtu. Singgah di UPSI ajak adik sekali yang baru bape bulan belajar kat sane. Bagi dia hirup udara Ipoh sikit kan...Kami tiba di Tambun dalam kul2 camtu..ingat nak terus masuk, tapi fikir balik lebih baik check in terus, tukar baju siap2. Cite pasal hotel, di sebabkan last minutes, teringin rasenye nak stay kat hotel Lost World of Tambun tu, tp da fully booked. So, kami tempah kat Agoda hotel yang berhampiran iaitu Tulip Hotel. Hotel budget je semalam dalam rm95..murah sangat, dekat sangat dgn theme park, dlm 2minit je drive..hehe..

Hotel Tulip
Pintu Utama Lost World of Tambun
Siap salin baju sume, kami terus masuk dalam theme park. Beli tiket masuk theme park dia pun online juga, total kami 3 orang yang berbayar adalah dalam RM135. Senang xpayah pikir2 da bila sampai, xperlu nak beratur sume kan. Sebelum tu haruslah bergambar kan, amik mood nak explore kat dalam tu..huhu

Gambar Kenangan
Masuk2 terus cari hot spring sbb xsabar nak rendam kaki dalam tu kan..Ramai juga orang, sebab ada family and company event tapi yang bestnye xramai yang berendam pun. So ada chance ibu mengandung nak berendam la. Ada beberapa tempat hot spring ni ikut darjah dia. starting yang 37 celcius berani masuk..huhu. En husband sempat lagi berposing bawah tu happy sangat dapat release tension katenye. EH, sape yang bawak sape ni..haha

Hot Springs 37 Celcius
Hot Springs 45 Celcius
EH, xpanas kee?
Alhamdulillah cuaca sedang2 elok.. kami melawat sekitar petting zoo pulak. Okla, banyak haiwan yg comel2 dalam tu. Yang paling best dapat bagi makan kat segala burung yang jinak tu. Kawan2 burung merpati rasenye, siap singgah kat kepala dan bahu semua. Gambar bawah tu macam takut benar bile burung2 makan bijirin kat tangan..mane xnye, laju giler die makan non-stop..lawak je.haha. En husband biasala dgn muka control rilex bile burung2 banyak hinggap kat tangan die..ok!

Petting Zoo Lost World of Tambun

Meneruskan perjalanan ke TinValley..kalau nak ronda kat dalam nie boleh naik train yang disediakan. Dalam tu ada lah info mcmana orang dulu jadikan carian biji timah ni sumber pendapatan diowg. Oklah good info. Bersebelahan tu ada Swan Lake. Rasa macam nak naik, tapi memandangkan da letih sangat xdelah naik bot Swan tu. Menyesal pun ada jugak sebab xnaik..sobs.

Next tgok Tiger Fedding Show! Wah best tengok dia tengah dok melahap daging kan. Ada sepasang harimau kat sini.. besar jugak tau saiz diowg, nama Putra n Jack.. xbole tahan nama2 diowg kan..huhuhu

Pahlawan Gangga Negara
Ok, tu jelah cerita kami di Lost World of Tambun pada tahun ini. to be continue dengan cerita bersalin ye..huhuh.Doakan saya. Wassalam

Info Kehamilan #1

Minuman Berkafein
KAFEIN JANGAN BERLEBIHAN

Ramai yang keliru tentang Pengambilan Kafein sepanjang waktu kehamilan. Bagi yang ketagih teh, kopi dan minuman bergas, tentu akan berasa sukar untuk meninggalkan minuman ini. Ada yang mengatakan minuman itu boleh diambil sepanjang kehamilan, tetapi memadai secawan sehari.

Susu Segar
Jus Buah-Buahan

Ada kajian menyatakan golongan ibu hamil yang kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari, mempunyai risiko mengalami keguguran, kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan. Jadi, elakkan mengambil minuman mengandungi kafein berlebihan dan berubahlah kepada minuman seperti air suam, susu dan jus buahan kerana minuman sebegini lebih berkhasiat untuk anda & bayi.

EPAL ELAKKAN ASMA & ALERGI
Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari berupaya membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.

Kajian tersebut mendapati wanita hamil yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37% dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%  Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta antioksida yang lain. Mulai hari ini, jadikan buah epal sebagai menu wajib dalam diet harian anda.

Minuman Berkhasiat

Inginkan Set Kehamilan / Set Berpantang / Set Menyusu Shaklee?
Hubungi saya Abd Haq Baba
Shaklee Independent Distributor (1127617)
Di talian 018-2771141

Lokasi Popular Air Zam-Zam Dijual Sekitar Bangi

Assalam. Lama dah tak update blog ni. Macam bese lah, saya suka menaip blog lepas waktu Maghrib camni. Petang ni saya nak berkongsi 10 Lokasi Air Zam-Zam Dijual Sekitar Bangi

Kenapa saya cari Air Zam-Zam? Haa.. sebab isteri saya sedang sarat mengandung 9 bulan. Kata orang, perbanyak kan minum Air Zam-Zam & makan Kurma Ajwa. Jadi Ahad lepas saya singgah di Kedai Az-Zain Wangsa Melawati. Dapatlah beli Kurma Ajwa satu tupperware. Kemudian saya cari Botol Air Zam-Zam.

Puas saya pusing, tak jumpa juga. Saya tanya di kaunter. Penjual cakap stock Air Zam-Zam  memang dah lama tiada. Susah nak cari sekarang. Minta cadangan pun beliau tak tahu mana kawasan yang ada jual.

Saya pun tanya di laman sosial FaceBook Komuniti Bandar Baru Bangi sebab office saya di sana. Wah, banyak cadangan yang diterima. Terima Kasih Warga Bandar Baru Bangi.

Air Zam-Zam Sekitar Bangi

Air Zam-Zam Sekitar Bangi

Habis kerja tadi di Bangi, saya memilih untuk pergi ke Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Nama kedai Bazar Wakaf Rakyat di perkarangan Masjid Al-Hasanah. Nasib baik kedai ini tak tutup lagi walaupun jam dah 6.30pm tadi.

Air Zam-Zam Sekitar Bangi

Botol ni 355ml dijual dengan harga RM10. Saya tanya 10 litre ada tak? Beliau cakap Habis Stock! Memang ramai rupanya yang cari Air Zam-Zam sampai habis licin. 10 litre dijual dengan harga RM120 sahaja!

Mahal ke tak, belakang cerita. Saya rembat sedozen Air Zam-Zam kat kedai tu. Habis Rak Jualan air beliau. Hahaha.. Misi saya Berjaya!

Sunday 12 October 2014

Kenapa Tidak Boleh Takutkan Anak?

Anak Ketakutan

Tanpa sedar ibu bapa menggunakan pendekatan menakutkan anak untuk medapatkan perhatian mereka. Ini juga antara kaedah yang banyak digunakan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mendengar kata. Mengapa ibu bapa tidak boleh takutkan anak? Ikuti kaedah terbaik untuk mendapatkan perhatian anak. Masih lagi menggunakan pendekatan menakutkan, namun cara ini lebih positif

  1. Takutkan Dengan Haiwan - Ada perkara yang ditakutkan kepada anak-anak ini boleh memberi kesan yang baik. Tetapi ada juga perkara yang tidak perlu ditakutkan. Misalnya, ibu-bapa menakutkan anak-anak dengan ular atau harimau yang bergigi taring. Pendekatan sebegini dilakukan bertujuan untuk mengingatkan kepada anak tentang bahaya ular atau harimau. Namun, sekiranya perkara yang ditakutkan itu berkaitan dengan hantu atau gambaran yang menakutkan, ia sebenarnya tidak digalakkan!
  2. Takutkan Anak Dengan Peringatan Sebenar - Ibu bapa perlu memberi ingatan yang sebenar kepada anak-anaknya. Bukan dengan menakut-nakutkan dengan cerita atau gambaran hantu. Terangkanlah dengan sebenar. Misalnya, waktu Maghrib tak elok keluar rumah kerana syaitan berkeliaran pada waktu senja. Sebaiknya anak-anak digalakkan duduk di dalam rumah untuk bersolat atau mengaji.
  3. Takutkan Anak Akibatkan Hilang Keyakinan Diri - Ibu bapa yang menakutkan anak-anak, dalam jangka masa panjang akan menyebabkan anak-anaknya itu menjadi seorang yang penakut. Tindakan sedemikian juga boleh menyebabkan anak mengalami hilang keyakinan dalam diri mereka. Sebab itulah, walau ke mana saja mereka pergi pasti mereka mahu berteman.
  4. Fahami Fitrah Anak-Anak - Pada usia bayi lagi sebenarnya kanak-kanak sudah mempunyai rasa takut. Ini boleh dilihat apabila ada orang asing mahu mendekati atau mahu mengambilnya daripada ibu bapa, anak ini akan menangis. Ada juga yang menangis kerana ditinggalkan ibu dan ayah di taska. Oleh sebab itulah ibu bapa perlu fahami emosi anak kecil. Kenal pasti apa yang ditakutinya, sama ada takutkan suasana gelap, takutkan orang asing atau perkara-perkara seumpamanya yang menyebabkan ketakutan kepada anak kecil itu.
  5. Tukar Takutkan Kepada Ganjaran / Reward - Pendekatan Ganjaran atau pemberian hadiah atau pujian setiap kali mereka mendengar kata juga boleh dipraktiskan. Ibu bapa berikan kata pujian melalui pelukan dan sekali sekala dengan hadiah dalam bentuk material, Ia juga boleh menggunakan teknik jadual peneguhan. Misalnya setiap kali mendengar kata, mereka akan mendapat 1 bintang. Sekiranya mereka mendapat 20 bintang dalam seminggu, mereka akan mendapat ganjaran. Lama-kelamaan mereka dengan sendirinya akan menurut kata apa yang dikatakan oleh ibu bapa. Kemudian ibu bapa boleh mengurangkan ganjaran itu sedikit demi sedikit.
Sekian perkongsian malam ini. Sehingga berjumpa lagi!

Saturday 11 October 2014

Tip Mudah Cuci Langsir

Assalam. Sabtu cuti ape korang buat? Saya bawa isteri makan di luar, beli air kelapa di BTHO,Cheras. Cuaca panas terik sangat. Jadi petang ni saya nak kongsi Tip Mudah Cuci Langsir pulak

Tip Mudah Cuci Langsir

Langsir sememangnya mampu menjadi pelengkap dalam dekorasi rumah pun begitu, langsir yang tergantung indah di tingkap rumah sebenarnya dipenuhi kekotoran seperti habuk dan debu. Apabila tingkap dibuka, langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar.

Ia juga memerangkap habuk yang datang dari siling serta kipas dan semasa kita membersihkan rumah, habuk akan berterbangan kemudian melekat pada langsir.. Justeru, langsir seharusnya dicuci dengan lebih kerap daripada yang anda sangka. Terdapat 3 cara mencuci yang dapat mengembalikan keserian langsir anda.

Cucian Mingguan

Cara ini dilakukan ketika anda membersihkan rumah di hujung minggu. Ianya menggunakan kaedah 'dusting' dan vakum sama ada dengan menggunakan bulu ayam, kain perangkap debu (dusting cloth) dan pembersih vakum.

Mulakan dengan bahagian atas langsir dan bergerak ke bawah supaya debu terjatuh di bahagian lantai yang belum dibersihkan. Lakukan cara ini di kedua-dua belah langsir.

Seeloknya fokuskan pada bucu dan lipatan yang paling banyak memerangkap debu. Jika menggunakan kain lembap, pastikan langsir di vakum terlebih dahulu bagi mengelakkan ianya kotor. Namun begitu, kain lembap tidak digalakkan pada langsir yang berwarna lembut.

Cucian Mesin

Membasuh menggunakan mesin basuh adalah cara yang paling mudah dan cepat. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, ikuti cara ini:-

  • Basuh langsir menggunakan pusingan yang perlahan (delicates cycle). Walaupun kebanyakan langsir diperbuat daripada fabrik tebal dan boleh menahan pusingan yang berat (heavier cycle), namun ia biasanya lemah apabila terkena pancaran matahari.
  • Sekiranya kain terlalu kotor, gunakan air suam tetapi tidak boleh terlalu kerap. Jika tidak, gunakan air sejuk sahaja bagi mengelakkan kain mengecut dan pudar.
  • Jika langsir berwarna gelap, anda disarankan untuk menggunakan serbuk pencuci yang tidak melunturkan warna.
Cucian Kering

Cucian kering disyorkan bagi langsir yang mempunyai aksesori seperti manik atau kristal. Selain itu, terdapat langsir yang mana diperbuat daripada fabrik tertentu yang memerlukan ia dicuci dengan kaedah cucian kering sahaja.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda mengemas rumah secara alami & sihat??

Tip Mudah Cuci Langsir

Tip Mudah Cuci Langsir

Tip Mudah Cuci Langsir

Tip Mudah Cuci Langsir

Dapatkan Produk Shaklee daripada kami

Abdul Haq Baba (1127617)
018-2771141
Siti Fatimah Solihan
013-6294482

Friday 10 October 2014

JAUNDIS- 'Apa perlu anda tahu?'

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih dapat berkongsi dengan semua malam ni. Ok, dari tajuk yang di atas, ada di antara kita faham Jaundis adalah demam panas. Sebenarnya ia tidak melibatkan demam. Ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tubuh bayi bewarna kuning. 

Jaundis terdiri daripada 2 jenis :

  • Physiological jaundis - Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan. Ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula seepas tempoh 24jam kelahiran.
  • Prolog jaundis - Jenis jaundis berlanjutan sehingga seminggu. Sekiranya tahap jaundis yang dikesan oleh doktor tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Rawatan fototerapi

Teknik kenalpasti jaundis pada bayi:

  • Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
  • Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
  • Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.
Penyebab lain jaundis:
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep atau vakum.
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis).
  • Jangkitan virus seperti rubela atau toxoplasma.
  • Tidak serasi dengan darah ibu(coombs positive).
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon tiroid yang rendah ( hypothyroidism).
  • Masalah hati dan hempedu.
  • Jaundis disebabkan oleh susu ibu( selain dari pnyebab diatas adalah negatif).
Amalan yang boleh para ibu amalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.

  • Makan kurma ketika usia kandungan 6-9 bulan.
  • Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
  • Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen Vitamin B.
  • Amalkan meminum jus pegaga.
  • Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
  • Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
  • Amalkan pemakanan sihat.
  • Baca ayat Al-Quran dan banyakan berdoa.
  • Bersikap positif dan hindari stress berlebihan.
Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang biasa diamalkan oleh ibu bapa kesan daripada nasihat orang yang kononnya lebih berpengalaman. Sebaik-baiknya ibu bapa tidak terus melakukannya tanpa mendapat pandangan daripada doktor pakar terlebih dahulu.
Antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya adalah:

Menjemur bayi
Ramai yang percaya menjemur bayi di bawah sinaran matahari pada awal pagi di sekitar jam 8.30 hingga 9.30 pagi dapat menghilangkan kekuningan yang ada pada bayi. Hanya untuk 10-15minit sahaja.
Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama ia bole menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina mata dan strok.
Namun amalan ini tidak digalakan oleh pakar selain dari rawatan fototerapi di hospital yang lebih memberi kesan positif pada bayi.

Minum susu kambing
Memberi bayi minum susu kambing bole memberi kesan buruk kepada bayi. Hal ini kerana tiada sebarang kejadian yang menyatakan susu kambing bole mengurangkan tahap bilirubin pada bayi.
Malah pemberian susu kambing yang berlebihan bole menyebabkan masalah-masalah seperti cirit birit atau radang usus.

Makan jamu dan halia
Amalan memakan jamu yang tidak diketahui kandungannya bole menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin.
Ibu dan bayi perlu mengelakkan diri dari mengambil jamu dan makanan yang 'panas' untuk sementara waktu. Begitu juga dengan halia, lada hitan dan lain-lain.

Memberi air glukos
Ada yang mencadangkan supaya bayi diberi air glukos bagi mengurangkan masalah demam kuning. Jangan begitu!
Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana air glukos bole menyebabkan bayi mengalami kembung perut dan pada yang sama bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

Mula memberi susu formula
Jangan sesekali memberikan susu formula kepada bayi sebaik saja mengalami jaundis. Sebaliknya, lakukan lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat terus menyusu daripada payudara. 
Pemberian susu formula sama seperti memberi air glukos yang mana langsung tidak membantu.

Oleh itu, bole cuba set yang dapat membantu para ibu semasa dan selepas hamil juga set berpantang ini. Banyak testimoni yang berkesan, mari berusaha insyaAllah!
Akhir sekali berdoa la kepada yang ESA.. Mohon kepadaNya supaya dimurahkan rezeki agar dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Nya.

Be our breastfeeding BEST FRIEND!

Boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan:

Siti Fatimah Binti Solihan [ctfatima solihan]

Vitamin C dalam Daging Kambing??

Ramai di kalangan kita yang sering menolak Daging Kambing untuk dijadikan sajian kerana menyangka ia penyebab kepada masalah Kolesterol, Darah Tinggi dan sebagainya. Pun begitu semua itu adalah persepsi negatif semata-mata. Malah kajian aces menyatakan Daging Kambing mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik berbanding daging lain.

Ia juga merupakan salah satu makanan sunnah kegemaran Rasulullah SAW. Di bawah terdapat beberapa khasiat daging seperti yang disenaraikan. Lupakan tanggapan negatif tersebut dan nikmatilah Daging Kambing sepuasnya sempena Hari Raya nanti. Heheh

Rendah Kolesterol

Daging Kambing mengandungi paras kolesterol yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan daging yang lain. Kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok. Sedangkan Daging Kambing membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah selain mencegah serangan penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Selain rasanya yang enak, ia begitu sesuai dimasukkan ke dalam jadual diet seharian anda.

Pencegah Obesiti

Obesiti terjadi apabila terbentuknya lemak dibawah permukaan kulit akibat kolesterol yang gagal dicerna oleh hati. Jika terdapat dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan kegemukan. Daging Kambing dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Pun begitu pesakit obesiti yang mengambil Daging Kambing turut mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil selain turut merasa pening, panas badan dan berpeluh kerana kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing.

Vitamin C

Selain daripada membakar lemak, di dalam Daging Kambing juga terdapat Vitamin C semula jadi yang tidak Ter'oksida'. Ia amat penting untuk ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida dapat mengurangkan bebanan fungsi pada hempedu dan mencantikkan kulit. Vitamin C daripada Daging Kambing juga memberi ketahanan yang lebih kepada kulit apabila terkena cahaya matahari. Amalkan memakannya kerana ia merupakan salah satu cara semula jadi bagi memperoleh kulit yang putih serta cantik.

Lemak Tepu Rendah

Berdasarkan kajian, Daging Kambing mengandungi lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain dan ia merupakan daging merah terbaik yang harus menjadi pilihan utama anda. Pada 85gram potongan Daging Kambing, didapati ia hanya memiliki 2.6 gram kandungan lemak berbanding daging lembu 7.9 gram dan ayam 6.3 gram. Oleh itu ia ternyata berkesan bagi mereka yang sedang menjalani rutin diet.

Thursday 9 October 2014

Ciri-Ciri Wanita yang Sedang dalam Masa Subur

Untuk mengetahui wanita yang sedang subur, berikut ciri-cirinya:

  1. Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh.Masa subur wanita dengan kitaran haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan mengira secara kalendar, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu badan. Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu badan yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celsius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  2. Cecair Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur mempunyai cecair serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cecair serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada keadaan yang sedang tidak subur keadaan cecair serviks kelihatan lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  3. Ghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan kelihatan lebih ghairah dari biasanya. Hal ini akan mengakibatkan wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, ghairah meningkat bermakna keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  4. Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), kedudukan serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak ovulating, kedudukan serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, anda boleh memasukkan jari anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka anda akan dapat menyentuh bahagian hujung serviks, rasanya seperti bahagian hujung hidung.
  5. Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar anda terasa sempit, meskipun tidak sedang kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa berlaku kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam keadaan yang banyak.
  6. Menggunakan Alat Ujian Ovulasi. Alat Ujian Ovulasi ini gunanya sangat mirip dengan test pack dalam ujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita yang sedang mengalami masa subur. Apabila anda mengalamitanda-tanda di atas maka itulah saat yang tepat untuk merancang kehamilan anda.

Petua Goda Isteri Anda.. HAHA!

Suami Isteri Bahagia

Perubahan anggota badan isteri dgn sbb 3 patah perkataan suami

1) 3 perkataan suami yang boleh buat isteri menitiskan airmata : " AKU TERIMA NIKAHNYA "

2) 3 perkataan suami yang boleh membuatkan pipi isteri menjadi merah : "I LOVE YOU "

3) 3 perkataan suami yang boleh buat hidung isteri kembang : " AWAK SEMAKIN CANTIK "

4) 3 perkataan suami yang boleh menjadikan kaki isteri ringan : " SAYANG , JOM SHOPPING "

5) 3 perkataan suami yang buat bulu roma isteri berdiri : " SAYANG , JOM TIDO "

6) 3 perkataan suami yang boleh buat perut isteri kembung : " SAYANG , NAK BABY..

# adapun 3 perkataan yg membuatkan isteri kita melontar periuk belanga ialah " i nak kawin"

1) 3 perkataan Isteri yang boleh buat suami menitiskan airmata : " SORRY, I PERIOD"

2) 4 perkataan suami yang boleh membuatkan pipi suami menjadi merah : "I DAH KAHWIN LAGI "

3) 3 perkataan Isteri yang boleh buat hidung Suami kembang : " SORRY I TERKENTUT "

4) 4 perkataan suami yang boleh menjadikan kaki isteri ringan aje nak terajang : " SAYANG AWAK MA
KIN MONTEL "

5) 4 perkataan suami yang buat bulu roma isteri berdiri : " ADA KERJA DI THAILAND "

6) 4 perkataan Isteri yang boleh buat perut suami kembung : " SAYANG I TAK MASAK ..

Wednesday 8 October 2014

Bagaimana Senaman Mudah Di Pejabat

Assalam rakan2 pembaca budiman. Jangan anda bagi alasan tiada masa untuk bersenam. Kerana dimana-mana anda boleh lakukannya. Terpulang pada anda, Nak Atau Tak Nak?

Ini cara saya 5-amalan-mudah-untuk-hidup-cara-sihat

Senaman Mudah Di Pejabat

  1. Gunakan Tangga selepas makan tengahari dan amalkan untuk berjalan ke restoran berdekatan pejabat anda
  2. Ketika Duduk, gunakan teknik arm strengthen kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas
  3. Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda selama 3 - 4 saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula
  4. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu selama 3 - 4 saat. Ulangi langkah di sebelah kanan pula
  5. Anda boleh melakukan senaman ringkas sebegini ketika menghadiri mesyuarat panjang atau ketika sedang melakukan perbincangan bersama rakan sekerja
  6. Jika pejabat anda mempunyai gym, gunakan peluang ini sebaiknya dan luangkan kira-kira 20 minit untuk melakukan senaman ketika waktu rehat atau sebelum pulang ke rumah

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014

Gerhana Bulan Berdarah
Malam ni peristiwa yang jarang sekali berlaku di dunia!

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014. Menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena gerhana bulan berdarah atau fenomena gerhana bulan merah boleh dilihat 2 kali dalam tahun ini iaitu pada 15 April 2014 dan 8 Oktober 2014 iaitu pada hari ini. Fenomena gerhana bulan merah ini berlaku apabila kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Selain itu ianya juga terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena alam ini juga dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang jelas berwarna merah dapat dilihat oleh mata kasar.

Untuk fenomena gerhana bulan berdarah 8 Oktober 2014 di Malaysia, dijangkakan kita hanya dapat melihat bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja, manakala proses fasa permulaan gerhana tidak dapat dilihat.
Berikut adalah kiraan FalakOnline untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014. (Semenanjung Malaysia)
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

10 Petua Mudah Untuk Kekal Langsing

Assalam pembaca budiman. Baru jer sudah solat Maghrib tadi berjemaah. Alhamdulillah. Petang ni rasa nak share Tips Kekal Langsing & Sihat & Berjaya!

10 Tips Mudah Kekal Kurus, Langsing

  1. Elakkan menyekat diri daripada menikmati hidangan-hidangan utama setiap hari
  2. Tidak salah sekiranya anda memilih untuk cuba mengamalkan suplemen atau pil yang boleh membantu menyerap lemak makanan yang diambil
  3. Senaman juga penting dalam mengekalkan kesihatan & stamina badan
  4. Catat jumlah kalori yang anda ambil. Ini membantu anda memantau & menilai sendiri apakah makanan yang perlu dikurangkan atau ditambah dalam diet seharian
  5. Tetapkan jumlah berat badan yang ingin dikurangkan secara sederhana mengikut kemampuan anda
  6. Sentiasa berfikiran positif sepanjang usaha anda ingin menurunkan berat badan
  7. Kini terdapat banyak makanan yang dijual dengan label bebas lemak. Berhati-hati kerana biasanya gula akan dijadikan peganti lemak tersebut
  8. Amalan memakan makanan yang kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil adalah sangat baik diikuti
  9. Timbanglah berat badan anda sekali setiap minggu
  10. Tidur yang cukup iaitu 7 - 8 jam. Fuhyoo
Cube klik link dibawah untuk tambah berat badan

Senaman jangan dilupakan! Tak mampu pergi gym, buatlah senaman ringan di rumah!

Petua Kekal Langsing

So, Shaklee menawarkan Produk Berkesan dalam untuk Kekal Langsing

Matlamat CINCH

HAhhaha, satu perkara yang patut anda semua tahu ialah matlamat kedua-dua produk . Cinch memang dibuat untuk membantu kita mendapatkan berat badan yang sesuai. Jadi hasil kajian telah dibuat dan Cinch memang terbukti dapat membantu mengatasi masalah paling ditakuti oleh kita, iaitu YOYO EFFECT !! Kiranya kesan YOYO antara benda yang paling tak bagus sebab berat badan kita akan turun naik , macam yoyo. Kenapa begitu ? kerana semasa kita diet, jisim lemak tidak berkurangan, apa yang berlaku hanyalah jisim otot yang berkurangan. Sebab itu kita rasa macam dah turun, tapi tetiba naik balik. Jadi Cinch yang diperkaya dengan formula khas LEUCINE untuk mengatasi YOYO EFFECT ni.

ESP - Pemberi TENAGA ?

Memang betul, ESP memang memberikan tenaga, sebab tulah ianya di panggil Energizing Soy Protein. Apa yang menarik tentang ESP ialah ianya mengandungi Branch-Chain Acid Amino, yang ni kalau korang tengok, ianya stimulate otot kita supaya rasa bertenaga, sebab itu bila kita ambil ESP, kita rasa cepat lapar, dan terasa nak makan banyak. Tapi, bak kata orang putih, ESP pun dah terbukti untuk bantu mereka nak kurus, tapi caranya seperti meal replacement, minum masa sarapan, atau waktu malam, jadi malam tu takyah makan benda berat sangat.

Berapa Kandungan LEUCINE dalam CINCH ?

Kalau semua orang perhatikan, saya boleh buat kuiz, tentu ramai yang tak tahu, hahaha kalau siapa tahu, mesti dia orang kerja dalam SHAKLEE, Seperti kata pakar Shaklee, memang formula itu dirahsiakan sendiri oleh SHAKLEE, supaya CINCH SHAKE lebih esklusif berbanding produk kurus yang lain. Jadi, LEUCINE dalam cinch shake memang terbaik untuk membantu melindungi otot dari menyusut akibat melakukan aktiviti berat.

Multivitamin

Kalau ikutkan jawapan dari pakar CINCH, ramai je yang boleh ambil, tetapi ada kelemahannya. Cinch terbaik ambil sebab dalamnya ada multivitamin untuk support badan kita yang kurang vitamin, berbanding ESP yang lebih fokus kepada TENAGA, sebab itu ESP ada kandungan B Complex, tapi tidak selengkap multivitamin yang ada pada CINCH.

Tuesday 7 October 2014

Lelaki & 5 Penyakit

Jangan tak tahu Lelaki juga terdedah kepada Penyakit. Malam ni saya berkongsi sedikit artikel 5 Penyakit bagi Kaum Lelaki

  1. Skizofrenia - Ia adalah sejenis gangguan kimia dalam otak. Seorang Psikiatri Sweden menggunakan perkataan ini buat pertama kalinya pada tahun 1911 untuk menjelaskan keadaan pesakit yang pemikirannya seakan-akan tidak boleh lagi bersambung. Simptom Skizofrenia muncul pada usia 15 ke 35 tahun.
  2. Penyakit Jantung - Nisbah lelaki yang menghidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki kerana tubuh wanita dilindungi oleh sejenis hormon iaitu estrogen
  3. Kencing Manis & Darah Tinggi - Kebanyakan pesakit yang menghidapi Kencing Manis & Darah Tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Penghidap penyakit Kecing Manis sering mengalami kekurangan hormon insulin di dalam badan
  4. Barah Di Kalangan Lelaki - Antara penyakit barah yang lelaki hadapi termasuklah barah paru-paru (COPD), barah darah (leukimia), barah ginjal. barah prostat dan kolorektal.
  5. Disfungsi Ereksi (ED) - ED atau Impotens adalah ketidakmampuan untuk memula dan mempertahankan ereksi. ED selalunya dikaitkan dengan penuaan dan psikologi lelaki. Berdasarkan kajian demi kajian, pakar mendapati ia satu salah faham yang perlu diperbetulkan
Eh, Shaklee masuk dalam majalah lerr..

Lelaki & 5 Penyakit

Lelaki & 5 Penyakit

Ayuh Sihat Bersama-sama Shaklee. Shaklee The Best!! Hubungi Kami Segera