Wednesday 8 October 2014

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014

Gerhana Bulan Berdarah
Malam ni peristiwa yang jarang sekali berlaku di dunia!

Fenomena Gerhana Bulan Berdarah 8 Oktober 2014. Menurut National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena gerhana bulan berdarah atau fenomena gerhana bulan merah boleh dilihat 2 kali dalam tahun ini iaitu pada 15 April 2014 dan 8 Oktober 2014 iaitu pada hari ini. Fenomena gerhana bulan merah ini berlaku apabila kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Selain itu ianya juga terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena alam ini juga dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang jelas berwarna merah dapat dilihat oleh mata kasar.

Untuk fenomena gerhana bulan berdarah 8 Oktober 2014 di Malaysia, dijangkakan kita hanya dapat melihat bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja, manakala proses fasa permulaan gerhana tidak dapat dilihat.
Berikut adalah kiraan FalakOnline untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014. (Semenanjung Malaysia)
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

1 comment: