Friday 10 October 2014

JAUNDIS- 'Apa perlu anda tahu?'

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, masih dapat berkongsi dengan semua malam ni. Ok, dari tajuk yang di atas, ada di antara kita faham Jaundis adalah demam panas. Sebenarnya ia tidak melibatkan demam. Ia adalah sejenis penyakit yang menyebabkan tubuh bayi bewarna kuning. 

Jaundis terdiri daripada 2 jenis :

  • Physiological jaundis - Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan. Ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula seepas tempoh 24jam kelahiran.
  • Prolog jaundis - Jenis jaundis berlanjutan sehingga seminggu. Sekiranya tahap jaundis yang dikesan oleh doktor tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Rawatan fototerapi

Teknik kenalpasti jaundis pada bayi:

  • Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
  • Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
  • Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.
Penyebab lain jaundis:
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forsep atau vakum.
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis).
  • Jangkitan virus seperti rubela atau toxoplasma.
  • Tidak serasi dengan darah ibu(coombs positive).
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon tiroid yang rendah ( hypothyroidism).
  • Masalah hati dan hempedu.
  • Jaundis disebabkan oleh susu ibu( selain dari pnyebab diatas adalah negatif).
Amalan yang boleh para ibu amalkan ketika hamil agar bayi yang dilahirkan tidak mengalami jaundis berpanjangan.

  • Makan kurma ketika usia kandungan 6-9 bulan.
  • Minum susu kambing sepanjang akhir trimester kehamilan.
  • Dua bulan sebelum melahirkan amalkan pengambilan suplemen Vitamin B.
  • Amalkan meminum jus pegaga.
  • Elakkan minum kopi dan teh berlebihan.
  • Jangan ambil ubat-ubatan yang mengandungi herba.
  • Amalkan pemakanan sihat.
  • Baca ayat Al-Quran dan banyakan berdoa.
  • Bersikap positif dan hindari stress berlebihan.
Selain rawatan di hospital, terdapat pelbagai petua tradisional yang biasa diamalkan oleh ibu bapa kesan daripada nasihat orang yang kononnya lebih berpengalaman. Sebaik-baiknya ibu bapa tidak terus melakukannya tanpa mendapat pandangan daripada doktor pakar terlebih dahulu.
Antara amalan tradisional ini belum terbukti keberkesanannya adalah:

Menjemur bayi
Ramai yang percaya menjemur bayi di bawah sinaran matahari pada awal pagi di sekitar jam 8.30 hingga 9.30 pagi dapat menghilangkan kekuningan yang ada pada bayi. Hanya untuk 10-15minit sahaja.
Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama ia bole menyebabkan masalah lain seperti kerosakan retina mata dan strok.
Namun amalan ini tidak digalakan oleh pakar selain dari rawatan fototerapi di hospital yang lebih memberi kesan positif pada bayi.

Minum susu kambing
Memberi bayi minum susu kambing bole memberi kesan buruk kepada bayi. Hal ini kerana tiada sebarang kejadian yang menyatakan susu kambing bole mengurangkan tahap bilirubin pada bayi.
Malah pemberian susu kambing yang berlebihan bole menyebabkan masalah-masalah seperti cirit birit atau radang usus.

Makan jamu dan halia
Amalan memakan jamu yang tidak diketahui kandungannya bole menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin.
Ibu dan bayi perlu mengelakkan diri dari mengambil jamu dan makanan yang 'panas' untuk sementara waktu. Begitu juga dengan halia, lada hitan dan lain-lain.

Memberi air glukos
Ada yang mencadangkan supaya bayi diberi air glukos bagi mengurangkan masalah demam kuning. Jangan begitu!
Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana air glukos bole menyebabkan bayi mengalami kembung perut dan pada yang sama bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

Mula memberi susu formula
Jangan sesekali memberikan susu formula kepada bayi sebaik saja mengalami jaundis. Sebaliknya, lakukan lebih banyak rangsangan supaya bayi dapat terus menyusu daripada payudara. 
Pemberian susu formula sama seperti memberi air glukos yang mana langsung tidak membantu.

Oleh itu, bole cuba set yang dapat membantu para ibu semasa dan selepas hamil juga set berpantang ini. Banyak testimoni yang berkesan, mari berusaha insyaAllah!
Akhir sekali berdoa la kepada yang ESA.. Mohon kepadaNya supaya dimurahkan rezeki agar dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Nya.

Be our breastfeeding BEST FRIEND!

Boleh hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan:

Siti Fatimah Binti Solihan [ctfatima solihan]
Abdul Khaq Baba [ibnuhajar]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1127617]
Call/Text/Whatsapp : 018-2771141 / 013-6294482
Email : haq1441@gmail.com

No comments:

Post a Comment