Saturday 11 October 2014

Tip Mudah Cuci Langsir

Assalam. Sabtu cuti ape korang buat? Saya bawa isteri makan di luar, beli air kelapa di BTHO,Cheras. Cuaca panas terik sangat. Jadi petang ni saya nak kongsi Tip Mudah Cuci Langsir pulak

Tip Mudah Cuci Langsir

Langsir sememangnya mampu menjadi pelengkap dalam dekorasi rumah pun begitu, langsir yang tergantung indah di tingkap rumah sebenarnya dipenuhi kekotoran seperti habuk dan debu. Apabila tingkap dibuka, langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar.

Ia juga memerangkap habuk yang datang dari siling serta kipas dan semasa kita membersihkan rumah, habuk akan berterbangan kemudian melekat pada langsir.. Justeru, langsir seharusnya dicuci dengan lebih kerap daripada yang anda sangka. Terdapat 3 cara mencuci yang dapat mengembalikan keserian langsir anda.

Cucian Mingguan

Cara ini dilakukan ketika anda membersihkan rumah di hujung minggu. Ianya menggunakan kaedah 'dusting' dan vakum sama ada dengan menggunakan bulu ayam, kain perangkap debu (dusting cloth) dan pembersih vakum.

Mulakan dengan bahagian atas langsir dan bergerak ke bawah supaya debu terjatuh di bahagian lantai yang belum dibersihkan. Lakukan cara ini di kedua-dua belah langsir.

Seeloknya fokuskan pada bucu dan lipatan yang paling banyak memerangkap debu. Jika menggunakan kain lembap, pastikan langsir di vakum terlebih dahulu bagi mengelakkan ianya kotor. Namun begitu, kain lembap tidak digalakkan pada langsir yang berwarna lembut.

Cucian Mesin

Membasuh menggunakan mesin basuh adalah cara yang paling mudah dan cepat. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, ikuti cara ini:-

  • Basuh langsir menggunakan pusingan yang perlahan (delicates cycle). Walaupun kebanyakan langsir diperbuat daripada fabrik tebal dan boleh menahan pusingan yang berat (heavier cycle), namun ia biasanya lemah apabila terkena pancaran matahari.
  • Sekiranya kain terlalu kotor, gunakan air suam tetapi tidak boleh terlalu kerap. Jika tidak, gunakan air sejuk sahaja bagi mengelakkan kain mengecut dan pudar.
  • Jika langsir berwarna gelap, anda disarankan untuk menggunakan serbuk pencuci yang tidak melunturkan warna.
Cucian Kering

Cucian kering disyorkan bagi langsir yang mempunyai aksesori seperti manik atau kristal. Selain itu, terdapat langsir yang mana diperbuat daripada fabrik tertentu yang memerlukan ia dicuci dengan kaedah cucian kering sahaja.

Apa yang Shaklee boleh bantu anda mengemas rumah secara alami & sihat??

Tip Mudah Cuci Langsir

Tip Mudah Cuci Langsir

Tip Mudah Cuci Langsir

Tip Mudah Cuci Langsir

Dapatkan Produk Shaklee daripada kami

Abdul Haq Baba (1127617)
018-2771141
Siti Fatimah Solihan
013-6294482

1 comment:

  1. wah. terima kasih atas info. lama dah tak basuh langsir ni.. hihi

    ReplyDelete