Sunday 12 October 2014

Kenapa Tidak Boleh Takutkan Anak?

Anak Ketakutan

Tanpa sedar ibu bapa menggunakan pendekatan menakutkan anak untuk medapatkan perhatian mereka. Ini juga antara kaedah yang banyak digunakan oleh ibu bapa bagi membolehkan anak mendengar kata. Mengapa ibu bapa tidak boleh takutkan anak? Ikuti kaedah terbaik untuk mendapatkan perhatian anak. Masih lagi menggunakan pendekatan menakutkan, namun cara ini lebih positif

  1. Takutkan Dengan Haiwan - Ada perkara yang ditakutkan kepada anak-anak ini boleh memberi kesan yang baik. Tetapi ada juga perkara yang tidak perlu ditakutkan. Misalnya, ibu-bapa menakutkan anak-anak dengan ular atau harimau yang bergigi taring. Pendekatan sebegini dilakukan bertujuan untuk mengingatkan kepada anak tentang bahaya ular atau harimau. Namun, sekiranya perkara yang ditakutkan itu berkaitan dengan hantu atau gambaran yang menakutkan, ia sebenarnya tidak digalakkan!
  2. Takutkan Anak Dengan Peringatan Sebenar - Ibu bapa perlu memberi ingatan yang sebenar kepada anak-anaknya. Bukan dengan menakut-nakutkan dengan cerita atau gambaran hantu. Terangkanlah dengan sebenar. Misalnya, waktu Maghrib tak elok keluar rumah kerana syaitan berkeliaran pada waktu senja. Sebaiknya anak-anak digalakkan duduk di dalam rumah untuk bersolat atau mengaji.
  3. Takutkan Anak Akibatkan Hilang Keyakinan Diri - Ibu bapa yang menakutkan anak-anak, dalam jangka masa panjang akan menyebabkan anak-anaknya itu menjadi seorang yang penakut. Tindakan sedemikian juga boleh menyebabkan anak mengalami hilang keyakinan dalam diri mereka. Sebab itulah, walau ke mana saja mereka pergi pasti mereka mahu berteman.
  4. Fahami Fitrah Anak-Anak - Pada usia bayi lagi sebenarnya kanak-kanak sudah mempunyai rasa takut. Ini boleh dilihat apabila ada orang asing mahu mendekati atau mahu mengambilnya daripada ibu bapa, anak ini akan menangis. Ada juga yang menangis kerana ditinggalkan ibu dan ayah di taska. Oleh sebab itulah ibu bapa perlu fahami emosi anak kecil. Kenal pasti apa yang ditakutinya, sama ada takutkan suasana gelap, takutkan orang asing atau perkara-perkara seumpamanya yang menyebabkan ketakutan kepada anak kecil itu.
  5. Tukar Takutkan Kepada Ganjaran / Reward - Pendekatan Ganjaran atau pemberian hadiah atau pujian setiap kali mereka mendengar kata juga boleh dipraktiskan. Ibu bapa berikan kata pujian melalui pelukan dan sekali sekala dengan hadiah dalam bentuk material, Ia juga boleh menggunakan teknik jadual peneguhan. Misalnya setiap kali mendengar kata, mereka akan mendapat 1 bintang. Sekiranya mereka mendapat 20 bintang dalam seminggu, mereka akan mendapat ganjaran. Lama-kelamaan mereka dengan sendirinya akan menurut kata apa yang dikatakan oleh ibu bapa. Kemudian ibu bapa boleh mengurangkan ganjaran itu sedikit demi sedikit.
Sekian perkongsian malam ini. Sehingga berjumpa lagi!

Abdul Khaq Baba [ibnuhajar]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1127617]
Call/Text/Whatsapp : 018-2771141 / 013-6294482
Email : haq1441@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/SupplementTerbaikAnda

15 comments:

  1. parent suka takut2kan anak supaya senang jaga. haha.

    "cepat mandi nanti tikus datang sbb busuk" terus g mandi. kan sonang tu? hehe

    ReplyDelete
  2. anak-anak saya takut binatang bergerak..hahahah..semut pun ekecoh. yang perempuan sangat takutkan kucing. dia dok dalam rumah kucing nun kat padang pun boleh jerit2 ketakutan..kikiki..yang ni bagus jugak sebab dia tak merayau sgt kat luar tu kalo xde orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cube bayangkan kalo anak takut semut. Keh3

      Delete
  3. Ada ustaz cadangkan, baik takut2kan dengan rokok atau dadah, moga2 anak2 tak terjebak

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah takutkan anak-anak dengan cara ni, tapi dah kurangkan sedikit demi sedikit. terima kasih atas perkongsian anda.

    Ikuti ulasan terbaru saya di sihatdengansaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Kalau masih kecil,rasa takut akan terbawa-bawa sampai ke tidur mereka nanti.

    ReplyDelete
  6. hahahaha selalu jugak buat ni..kene kurangkan ni

    ReplyDelete
  7. Saya selalu takutkan anak² dengan kata " if u dun wan to listen to mummy Allah will be angry.. u want Allah to be angry?? " huhu..salah cara ni yea?

    Emyashura83@blogspot.com