Friday 10 October 2014

Vitamin C dalam Daging Kambing??

Ramai di kalangan kita yang sering menolak Daging Kambing untuk dijadikan sajian kerana menyangka ia penyebab kepada masalah Kolesterol, Darah Tinggi dan sebagainya. Pun begitu semua itu adalah persepsi negatif semata-mata. Malah kajian aces menyatakan Daging Kambing mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik berbanding daging lain.

Ia juga merupakan salah satu makanan sunnah kegemaran Rasulullah SAW. Di bawah terdapat beberapa khasiat daging seperti yang disenaraikan. Lupakan tanggapan negatif tersebut dan nikmatilah Daging Kambing sepuasnya sempena Hari Raya nanti. Heheh

Rendah Kolesterol

Daging Kambing mengandungi paras kolesterol yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan daging yang lain. Kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok. Sedangkan Daging Kambing membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah selain mencegah serangan penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Selain rasanya yang enak, ia begitu sesuai dimasukkan ke dalam jadual diet seharian anda.

Pencegah Obesiti

Obesiti terjadi apabila terbentuknya lemak dibawah permukaan kulit akibat kolesterol yang gagal dicerna oleh hati. Jika terdapat dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan kegemukan. Daging Kambing dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Pun begitu pesakit obesiti yang mengambil Daging Kambing turut mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil selain turut merasa pening, panas badan dan berpeluh kerana kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing.

Vitamin C

Selain daripada membakar lemak, di dalam Daging Kambing juga terdapat Vitamin C semula jadi yang tidak Ter'oksida'. Ia amat penting untuk ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida dapat mengurangkan bebanan fungsi pada hempedu dan mencantikkan kulit. Vitamin C daripada Daging Kambing juga memberi ketahanan yang lebih kepada kulit apabila terkena cahaya matahari. Amalkan memakannya kerana ia merupakan salah satu cara semula jadi bagi memperoleh kulit yang putih serta cantik.

Lemak Tepu Rendah

Berdasarkan kajian, Daging Kambing mengandungi lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain dan ia merupakan daging merah terbaik yang harus menjadi pilihan utama anda. Pada 85gram potongan Daging Kambing, didapati ia hanya memiliki 2.6 gram kandungan lemak berbanding daging lembu 7.9 gram dan ayam 6.3 gram. Oleh itu ia ternyata berkesan bagi mereka yang sedang menjalani rutin diet.

No comments:

Post a Comment